SENARAI KERETA ORANG KAYA(VVIP) DI MALAYSIA | Kali
ini kita tenang seketika membincangkan sebarang isu semasa di Malaysia.
Apa kata kita layan sambungan daripada senarai kereta-kereta mewah
orang kenamaan di Malaysia.
Gambar kereta
di atas adalah permulaan sahaja bagi gambar kereta-kereta mewah orang
kaya di Malaysia. Ada banyak lagi yang ingin dikongsikan bersama anda.
Nak lihat kereta-kereta mewah seterusnya, milik beberapa VVIP di
Malaysia?
Cantik bukan
kereta-kereta mewah di atas ini. PFJ 1 dan BGJ 7 itu adalah kereta
family Dato Ilyas yang merupakan Director of VW Cars Sdn Bhd. Kalau
dahulu dia merupakan AP holder for Volkswagen. Sekarang tidak lagi,
semenjak 10 November 2009 yang lalu. Kereta Nissan GTR and Bentley
Flying Spur pun termasuk dalam koleksi kereta yang mereka ada. Tapi
itula, gambar kereta tersebut tiada buat masa ini.
Kereta Bently ini adalah kenderaan rasmi Sultan Mizan
Kereta yang digunakan Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berlangsungnya MAHA 2008 di Serdang.
Kereta sport Maserati ini digunakan oleh Jean Todt semasa Monsoon Cup di Terengganu
Kedua-kedua
kereta mewah di atas adalah kepunyaan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri
Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar yang juga merupakan adik kepada
Sultan Pahang.
Semua kereta
mewah di atas milik individu yang bernama JP Chin. Siapa JP Chin ini?
Beliau dahulu merupakan IBM regional manager. Sekarang ini, beliau
dikatakan sudah ada team racing sendiri.
Ini pula kereta kepunyaan anak JP Chin.
Kereta Maybach 64 adalah kepunyaan Exec Chairman bagi Sapura Holdings, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir
Kereta Pagani Zonda di atas adalah milik individu yang ke 16 terkaya di Malaysia untuk tahun 2009, Datuk Mokhzani Mahathir
Kereta yang digunakan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat semasa menghadiri muktamar PAS di Shah Alam tempoh hari.
Kereta Rolls
Royce Phantom VI, sangat-sangat rare. Kebiasaannya hanya digunakan oleh
individu yang mempunyai kedudukan tinggi di dunia. Jangan hanya pandang
kepada plat kereta ini semata. Ini kerana pemilik kereta ini tidak
pernah kisah dengan nombor plat tersebut dan harga kereta Rolls Royce
Phantom VI sekitar RM2 juta dan ia juga merupakan pemilik yang sama
dengan kereta Rolls Royce Chinese Eye ini.
Kereta-kereta milik Sultan Johor. Lamborghini Espada dan Suburban.
Kenderaan rasmi Tengku Mahkota Kelantan
Ini kereta Zainal, UMNO Cawangan Pudu
Datuk Zainudin Maidin, bekas Menteri Penerangan sebelum ini memiliki kereta seperti ini, Mitsuoka
Kenderaan rasmi yang sering digunakan oleh Tuan Yang Terutama Melaka, Tun Khalil Yaakub
Ini merupakan kereta Sultan Pahang, Bentley dengan no platnya C1
Kenderaan rasmi TYT Sarawak
Seorang lagi individu yang memiliki Kereta Pagani Zonda di Malaysia iaitu, Tengku Mahkota Johor
Semasa TMJ memandu di Kuala Lumpur. Semua kena berhenti.
Kereta Hummer
Tengku Mahkota Johor ada dibelakangnya. Ya kalau dahulu Tengu Ibrahim
merupakan Tengku Mahkota Johor, tetapi tidak lagi sekarang. Baginda kini
adalah Sultan Johor. Adakah semua kerata-kereta mewah dan rare ini ini
akan menjadi milik Tengku Ismail putera sulung Sultan Johor, Sultan
Ibrahim?
Sememangnya
diketahui, Sultan Ibrahim semasa menjadi Tengku Mahkota Johor sebelum
ini suka dan gemar memiliki model kereta mahal dan eksklusif. Bukan
sahaja Sultan Brunei yang mempunyai deretan dan koleksi kereta-kereta
mewah, bahkan Sultan Ibrahim pada masa itu juga tidak terlepas peluang
memilikinya yang disimpan dalam garaj khasnya dengan setiapnya mempunya
plat ekslusif “TMJ”
Satu lagi
koleksi kereta hummber milik Tengku Mahkota Johor. SUV yang cukup
terkenal iaitu Hummer dengan didatangkan khas modifikasi yang istimewa.
Ini merupakan
kereta Chevrolet Camaro yang pertama di Malaysia. Kereta ini
sangat-sangat rare(ganjil) dan sukar dijumpai di MalaysiaThis is most
probably the first Chevrolet Camaro in Malaysia.. very2 nice car..
Datuk Azalina juga tidak ketinggalan untuk memiliki beberapa kereta mewah
Inilah kereta Ferrari Enzo yang dikatakan bernilai hampir RM10 juta di NAZA.
Dan……yang ini
kereta mewah siapa pulak ini? Kereta ini dijumpai dekat Australia.
Dengar kata ia milik seorang bekas menteri. Kata merekala. Adalah lebih
baik anda semua lihat sendiri untuk mengesahkannya.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
No plat kereta ini dah cantik. Tapi…………..Ada siapa-siapa yang boleh confirmkan? Samy Vellu? :)
Post a Comment