PERMATANG PAUH, 7 MEI: Suasana di pusat mengundi Sekolah Menengah Guar Perahu sekali lagi bertukar kecoh apabila penyokong BN bertindak agresif dengan membaling botol air dan kerusi plastik, sebentar tadi.
Kekecohan tersebut telah menakutkan para pengundi yang hadir untuk membuang undi terutamanya warga emas serta golongan kurang upaya.
Walaubagaimanapun, keadaan huru-hara selama lebih lima minit itu berjaya diakhiri dengan tindakan segera anggota keselamatan.
Akibat dari kekecohan dan provokasi kotor tersebut, keadaan lalu lintas yang sedia sesak menjadi bertambah sesak dari Guar Perahu ke Penanti. – Roketkini.com
Post a Comment