Golongan wanita juga tidak terkecuali daripada ketagih onani. Apabila mereka melancap rangsangan tertumpu kepada kelentit serta bibir luar faraj, dan kurang perhatian kepada saluran faraj dan bahagian yang lebih dalam ( mungkin takut kehilangan dara atau mencederakan bahagian dalam ) . Menurut kaedah reflexology kedudukan zon faraj dan organ yang berkaitannya adalah dalam keadaan terbalik.
Perhatikan bagaimana zon mulut faraj bersamaan dengan organ buah pinggang, zon liang faraj dengan organ pankreas, hati dan setrusnya zon pangkal faraj dengan organ paru-paru dan jantung. Suatu senggama yang baik, batang zakar harus masuk sampai ke lubuk faraj dan mengurut setiap penjuru atau pelosok ( atau dalam buku Permata Yang Hilang – di sebut makam yang lima itu).
Hakikat dalam persetubuhan ialah menyatukan dua tubuh yang berlainan seks,di mana keseluruhan zakar dan faraj bertemu pada zon reflexology yang sepadan. Kelentit bertemu pangkal zakar : menyatukan fungsi organ buah pinggang. Batang bertemu liang faraj : menyatukan fungsi organ pankreas dan hati. Kepala zakar bertemu pangkal rahim : menyatukan fungsi organ paru-paru dan jantung. Dua insan menjadi satu – per-satu-tubuh !!!
[ Nota: oleh kerana itu, adalah salah untuk meliwat - baik lelaki maupun perempuan, kerana mendatangkan mudarat kepada tubuh manusia]
Apabila seorang wanita melancap dalam suatu cara yang tidak seimbang,iaitu, secara sama rata merangsang seluruh kawasan vaginal, kelemahan di dalam buah pinggang dan saluran kencing, tekanan darah tinggi, simpanan berlebihan bendalir badan (body fluid retention), haid tidak tetap, dan banyak lagi masalah boleh terjadi.
Malangnya, adalah mustahil bagi wanita untuk melancap dengan seimbang tanpa kehilangan dara. Maka kerana itulah dalam tradisi Islam, melancap adalah haram dilakukan.
Ramai para wanita, ketika mereka melancap dengan merangsang kelentit,mengadu bahawa mereka hendak kencing. Kelentit terletak di pintu masuk kefaraj, di mana beradanya zon reflexology untuk buah pinggang dan pundi.Ketika mereka merangsang kelentit, mereka tidak tahu bahawa mereka merangsang organ buah pinggang dan pundi mereka.
Wanita lesbian atau wanita yang kuat melancap akan lebih banyak menyimpan bendalir badan dan menyebabkan masalah berat badan berlebihan. Ini adalah kerana rangsangan seks, yang tertumpu pada kawasan kelentit, melemahkan buah pinggang akibat rangsangan yang berlebihan dan mengurangkan keupayaannya untuk menuras bendalir badan.
Jadi jika pasangan anda berbadan agak gempal, dan mempunyai masalah berat badan (gemuk) dan sering merungut kenapa mereka tidak dapat menurunkannya meskipun kuat diet – barangkali kekerapan merancap adalah masalah yang sebenar. Pandai-pandailah anda “merawat” pasangan anda itu !!!
(Wanita mempunyai kelebihan semasa hubungan seksual. Mereka boleh mencapai orgasama tanpa kehilangan tenaga, nutrien penting. Kerana air mani mereka tidak mempunyai persamaan air mani lelaki dari segi kandungannya. Apa yang merbahaya untuk wanita adalah kehilangan darah melalui haid.
Remaja ingin tahu?
Onani atau juga dikenali sebagai masturbasi (melancap), adalah rangsangan seksual yang sengaja dilakukan pada organ kelamin untuk memperoleh kenikmatan dan kepuasan seksual. Rangsangan ini dapat dilakukan tanpa alat bantu ataupun menggunakan sesuatu objek atau alat, atau kedua-duanya. Cara-caranya adalah dengan menyentuh, menggosok dan meraba bahagian tubuh sendiri yang peka sehingga menimbulkan rasa menyenangkan untuk mendapat kepuasan seksual (orgasma) baik tanpa menggunakan alat mahupun menggunakan alat.
Perbuatan onani dalam kalangan wanita jarang dibincangkan. Mungkin kerana ia suatu tabu, walaupun mungkin perbuatan ini kerap diamalkan terutama oleh golongan remaja masa kini. Perbuatan onani kebiasaannya berpunca daripada perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. Amalan onani sejak sekian lama boleh memberikan kesan kepada hubungan seks yang normal. Lebih teruk lagi sekiranya onani dilakukan menggunakan cara yang ekstrem.
Berbeza
Onani sememangnya berbeza dengan hubungan seks yang normal kerana ia tidak perlu memberikan pertimbangan kepada pasangan masing-masing, malah melakukannya untuk kepuasan diri sendiri semata-mata.
Hubungan seks yang normal memerlukan perasaan bertimbang rasa serta mementingkan keselesaan di samping menghormati keinginan pasangan. Sekiranya sesuatu perbuatan tidak dapat memenuhi harapan pasangan, tentunya ia boleh menjejaskan kualiti hubungan seksual tersebut.
Onani yang dilakukan secara ekstrem juga akan memberikan tekanan berlebihan kepada alat kelamin yang boleh memberi kecederaan kepada saraf. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang beronani menjejaskan kenikmatan hubungan seksual setelah berkahwin kelak.
Amat baik jika adik dapat mengelak daripada meneruskan tabiat onani ini walaupun ia bukanlah penyebab haid yang tidak teratur.Haid normal adalah yang terjadi selama beberapa hari sehingga lebih kurang seminggu lamanya bagi setiap satu kitaran. Pusingan haid yang tidak teratur dialami lebih daripada 35 hari.
Ada sesetengah wanita haidnya datang dua atau tiga bulan sekali dalam setahun. Keadaan ini disebabkan oleh gangguan hormon dan wanita yang mengalami masalah ini adalah kurang subur kerana tidak mengeluarkan ovum (telur).
Punca lain
Terdapat pelbagai penyebab haid yang tidak teratur iaitu; senaman yang melampau biasanya berlaku dalam kalangan ahli sukan atau atlet, kekurangan atau berlebihan berat badan (tidak mempunyai berat badan yang ideal), mengalami tekanan perasaan yang teruk dan gangguan emosi, pengambilan pelbagai jenis ubatan, kesan sampingan apabila berhenti mengambil pil perancang keluarga dan gangguan hormon lain seperti masalah pada kelenjar tiroid.
Masalah kitaran haid yang tidak teratur yang agak kerap dialami wanita adalah juga disebabkan oleh sindrom ovari polisistik (‘Polycystic Ovarian Syndrome’- PCOS). Tanda paling ketara yang dialami oleh wanita yang menghidap PCOS adalah kedatangan haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang-kadang jaraknya menjadi begitu jauh sehingga tiga ke enam bulan. Terdapat juga sebahagian wanita yang tidak mengalami haid dalam masa setahun.
Ada juga wanita yang menghidap PCOS mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hingga 30 hari tanpa henti. Gejala ini dikenal sebagai ‘polimenorea’, iaitu haid yang tidak tetap dan biasanya dialami tiga atau enam bulan sekali dan kadang-kadang berpanjangan.
Ketidakseimbangan hormon menyebabkan sel teka dalam ovari menebal. Keadaan ini mengakibatkan folikel matang tidak dapat dihasilkan. Kesan ini membantutkan pengovulan (tidak bertelur) dan menyebabkan haid menjadi tidak teratur.
Kadang-kadang keadaan ini juga menyebabkan dinding rahim menebal tidak seperti wanita normal disebabkan rangsangan hormon androgen yang berterusan pada penghidap PCOS.
Masalah kitaran haid yang tidak teratur yang berpanjangan mungkin boleh menjejaskan tahap kesuburan seseorang wanita jika dibiarkan.
Saya nasihatkan agar adik berhenti daripada mengamalkan onani yang banyak memberi kesan negatif kepada remaja. Fokuskan pemikiran dan pelajaran adik sepenuhnya sebagai seorang pelajar atau siswa di institusi pengajian tinggi yang akan menjamin masa depan
Amalan Onani Membawa Keburukan
Amalan onani atau pun melancap memang ketara di kalangan remaja lelaki dan perempuan dan ia berlaku akibat akil baligh apabila perasaan nafsu syahwat membara. Apabila onani menjadi amalan yang kerap dilakukan, remaja mendapati ia menjadi tekanan pula, mengakibatkan keletihan, lemah, sukar tumpu pada pelajaran, kurang prestasi sukan dan pelajaran serta gangguan kesihatan.
Sebilangan remaja yang masih kekal dengan amalan ini akan ketagih dan meneruskannya walaupun sudah berada di alam perkahwinan.Malah, mereka dapati amalan onani itu lebih seronok daripada melakukan hubungan seksual dengan pasangan. Lebih-lebih lagi jika mereka sangat mudah terangsang dan sukar mengawal klimaks.
Remaja yang kerap melakukan onani, baik lelaki atau perempuan, akan mendapati mereka tidak mudah mencapai klimaks dan kepuasan seks dengan pasangan jika rangsangan dialami tidak sama dengan rangsangan yang mereka peroleh daripada cara onani yang dilakukan.
Ini membuatkan hubungan seksual dengan pasangan hambar. Ada juga sebilangan remaja mengalami masalah kemaluan akibat onani dan ini mungkin akibat kerosakan pada fungsi anggota sulit, lebih-lebih lagi jika mereka gunakan kekerasan untuk mencapai klimaks.
Jadi kini anda tahu onani ada keburukannya dan natijahnya jika tidak dapat mengawal nafsu. Anda saja yang dapat mengawal perbuatan ini. Jika anda perlu lakukannya untuk melegakan tekanan seksual, itu boleh diterima, untuk mengelakkan dari melakukan perkara lain seperti terbabit dengan seks rambang.
Elak menonton filem lucah atau bahan-bahan yang menaikkan nafsu syahwat. Dalam keadaan terangsang, pasti anda melepaskan perasaan dengan melakukan onani. Tingkatkan aktiviti sosial anda dan lebih berkecimpung dalam sukan dan aktiviti reakreasi. Amalkan gaya hidup yang lebih sihat sihat.
Onani Punca Wanita Gemuk ?
Onani di kalangan wanita amat jarang diperbincangkan. Adalah menjadi satu ‘tabu’ untuk membincangkan aktiviti ini yang juga wujud di kalangan wanita. Begitu juga, wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka ‘tidak mengapa’ mereka beronani dengan mengunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokan. Agama Islam juga mengharamkan seseorang wanita berkhayal kotor dan menonton filem porno.
Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ia terdesak dan demi mencegah zina. Secara kesimpulan, dibolehkan barang siapa yang terdesak dan perlu menurunkan tekanan syahwatnya untuk beronani dan ini dibuat dengan turut berusaha mempertingkatkan usahanya untuk membolehkannya bernikah demi mencapai perintah Allah.
Onani tidak akan menyebabkan tumbesaran terjejas dari segi ketinggian atau fizikal. Ini adalah salah anggap atau mitos-mitos yang tidak tepat yang sering dikaitkan dengan onani. Dari segi pandangan perubatan moden, onani adalah selamat dan tidak membahayakan. Seseorang sepatutnya tidak perlu merasa bersalah atau tertekan selepas onani.
Onani boleh memberi kelegaan kepada ketegangan seks (sexual tension). Ia adalah cara paling selamat kerana tidak membawa risiko mengandung atau jangkitan penyakit transmisi seks seperti HIV.
Ia juga adalah suatu cara seseorang wanita mendapat kenikmatan seksual jika tidak dapat melakukan hubungan seks, dapat meningkatkan aliran darah ke bahagian kemaluan dan seterusnya meningkatkan fungsi serta kesihatan seksual, memberi peluang kepada seseorang mengenali dan memahami fokus erotik pada badan sendiri dan juga boleh membantu wanita mencapai orgasma.
Post a Comment