Warganegara asing di negara ini bebas memiliki hartanah termasuk hartanah kediaman di negara ini apabila Kerajaan Malaysia bersetuju menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) nanti.Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob berkata, ini berlaku apabila perjanjian itu tidak membenarkan sebarang sekatan kepada warga dan pelabur asing di negara ini untuk memiliki hartanah dengan menikmati keistimewaan yang sama dinikmati warga tempatan.“Kedatangan Barrack Obama adalah untuk memastikan Malaysia tandatangani TPPA ini.
Di bawah TPPA rakyat Amerika, Jepun dan negara lain bebas membuat perniagaan dan membeli apa-apa sahaja di dalam negara itu.“Tentunya salah satu yang jadi tumpuan mereka adalah melabur dalam pemilikan hartanah termasuk perumahan.“Ini akan menolak harga ke atas.
Harga hartanah jadi lebih tinggi, rakyat sendiri kena bersaing dengan pelabur asing yang mempunyai kewangan yang lebih baik untuk memiliki hartanan di negara sendiri,” kata Dr Rosli ketika dihubungi Selangor Kini di sini hari ini.
Beritahu beliau lagi, kouta dan keistimewaan potongan tujuh peratus yang dinikmati kaum Bumiputra dalam pembelian hartanah pada masa ini juga bakal terhakis sekiranya TPPA dilaksanakan selaras dengan dasar Layanan Adil dan Sama Rata (FET).Mengulas kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, Dr Rosli berkata lawatannya itu bagi memastikan Kerajaan Malaysia bersetuju menandatangani perjanjian TPPA.
“Rakyat kena sampaikan mesej kepada kerajaan, kita tolak kerana TPPA boleh gadaikan kedaulatan negara.“Jangan biarkan negara dijadikan alat politik dalam agenda Amerika untuk mengekang kemaraan ekonomi negara China di persada dunia,” kata Dr Rosli lagi.
Katanya lagi, langkah kerajaan menandatangani TPPA hanya menunjukkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan sebuah pentadbiran yang lemah dan boleh digertak sehingga terpaksa tunduk dengan kehendak negara kuasa ekonomi dunia itu.
SHARE post ini agar semua tahu perjanjian rahsia ini. ....SHARE.....SHARE.....SHARE
Post a Comment