Resit yang dimuat naik pengguna pagi tadi.
Hari ini
bermulalah era baru dalam ekonomi Malaysia dengan pelaksanaan GST yang
begitu mendapat perhatian rakyat Malaysia. Manakan tidak, kos sara hidup
akhir-akhir ini meningkat dengan mendadak dengan kenaikan harga
barangan keperluan, tempat tinggal dan juga kenderaan. Sebelum ini,
semuanya dikatakan berpunca dengan kenaikan harga petrol dunia. Namun
begitu, krisis ekonomi dunia yang terjadi baru-baru ini, telah
menyebabkan harga pasaran minyak dunia merudum, namun boleh dikatakan
tiada langsung harga barangan menurun. Akibat tekanan ekonomi dunia,
kerajaan Malaysia yang sangat 'prihatin' dengan rakyat telah mengambil
langkah pemulihan ekonomi negara dengan satu langkah yang dianggap
mencabar bagi rakyat iaitu dengan melaksanakan GST.
Banyak
iklan-iklan di TV mengatakan GST ini adalah baik untuk rakyat dan harga
barangan akan menurun, namun begitu satu persatu barangan diumumkan naik
harga, termasuklah kadar pengangkutan awam yang mengumumkan akan
menaikkan juga kadar tambang mereka.
Dalam pada itu,
pasaraya terkemuka Mydin telah membuat kenyataan mereka akan menyerap
GST ini bagi tidak membebankan pelanggan mereka. Ini petikan 2 hari
lepas:
Timbalan
Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menggesa peniaga mencontohi syarikat
runcit besar Mydin yang memutuskan untuk menyerap enam peratus Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST). “GST sistem yang boleh claim cukai input 6
peratus. Kos niaga turun 6 peratus. SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan)
tidak. "Peniaga baik macam Mydin boleh serap GST 6 peratus itu!”
tulisnya di Twitter. Beliau juga memuat naik gambar iklan Mydin yang
menyebut bahawa mereka akan membayar kesemua enam peratus GST yang
dikenakan kepada pembeli. Ia memuatkan slogan “gerenti semua MyMydin
tanggung”, “harga tak naik” dan “6 peratus GST kami bayar”. Anggota
Parlimen Pontian itu juga memuat naik beberapa status lagi bagi
mewajarkan pelaksanaan GST bagi menggantikan Cukai Jualan dan
Perkhidmatan (SST) yang akan bermula Rabu ini. Tindakannya itu dilihat
sebagai kempen di saat-saat akhir menjelang dua hari lagi GST
diperkenal, lebih-lebih lagi ketika pelbagai pihak terus menyatakan
bantahan mereka terhadap cukai itu.Namun begitu, pagi ini pengguna di
pasaraya Mydin dikejutkan dengan resit yang tertera cas GST di dalam
resit belian mereka. Apakah kenyataan sebelum ini hanya sandiwara atau
ada penjelasan disebalik kejadian ini. Menerusi komen pengguna di laman
Facebook, ada yang membuat penjelasan begini:
Menurut komen
seorang pengguna Facebook, "Pada apa yg sy paham, harga padlock tu
memang RM11.90, sblm 1 Apr 2015 lg memang dh harga dia RM11.90..so skrg
kerajaan dah kenakan GST 6% so pihak Mydin harus meletakkan detail dlm
resit. So, dlm resit utk tdk mengenakan caj kpd pembeli Mydin telah
menurunkan harga brg dr Rm11.90 kpd RM11.23 dan setelah dicampur GST
harga menjadi kpd asal semula RM11.90. kalau Mydin caj GST kpd pembeli
harga barang RM11.90 campur dgn GST 6% harga PADLOCK td jd RM12.60.
Paham tak? kalau tgk blk kat tanda harga PADLOCK tu mesti harga dia
bertanda RM11.90 kan? so maknanya Mydin memang x caj GST laa..", menurut
beliau.
Adakah ini
betul? Namun begitu, pihak OMG! masih tertanya, sebelum ini kerajaan ada
mengatakan cukai barangan SST sebanyak 10% telah dikenakan ke atas
barangan dan kini digantikan dengan GST sebanyak 6%. Jadi, kalau
mengikut perkiraan matematik mudah, harga barangan memang sepatutnya
turun. Jadi, apakah sebenarnya yang terjadi?
Post a Comment