Oleh kerana
cemburu, seorang lelaki bertindak menyembur cat merah pada dada dan
kemaluan kekasihnya setelah mengesyaki kekasihnya itu mempunyai kekasih
lain.
Dalam kejadian
yang berlaku di Kampung Ulu Lenggong pada Ahad lalu, lelaki berkenaan
dikatakan mengajak mangsa berjumpa lalu menjemput mangsa di rumah
sebelum membawanya ke kawasan kebun getah.
Timbalan Ketua
Polis Daerah Gerik, Deputi Superintendan Jamalani Mohd Isa berkata,
terdapat pertelingkahan berlaku di lokasi setelah wanita tersebut
dituduh mempunyai kekasih walaupun kedua-duanya sudah merancang untuk
mendirikan rumah tangga.
"Pertengkaran
itu menyebabkan suspek membuka pakaian wanita terbabit dan merabanya
sebelum menyembur cat merah pada dada serta kemaluan mangsa.
"Selesai
berbuat demikian, suspek hantar semula teman wanitanya ke rumah sebelum
mangsa membuat laporan polis pada malam kejadian," katanya memetik
laporan dari Sinar Harian.
Difahamkan, suspek dan mangsa yang masing-masing berusia 22 tahun sudah menjadi pasangan kekasih sejak setahun lalu.
Beliau berkata,
berdasarkan laporan yang dibuat mangsa, suspek sudah dicekup di
rumahnya pada hari laporan diterima kira-kira jam 1 pagi dan direman
hingga 14 Disember ini bagi membantu siasatan.
"Tangkapan diketuai Inspektor Ridzuan Ab Aziz itu berjaya membawa kepada penemuan pakaian mangsa dan tin cat di lokasi kejadian.
"Kes sebegini adalah yang pertama berlaku di daerah Gerik sejak saya bertugas, di sini, dua tahun lalu," katanya.
Selain itu
Jamalani juga menasihatkan ibu bapa agar mengawasi pergaulan anak-anak
dan tidak membiarkan mereka terlalu bebas sehingga menyebabkan perkara
seumpama ini terjad
Post a Comment