Pelakon Putri Mardiana telah ditangkap khalwat kali kedua bersama
kekasihnya, Shahrizam Abdullah atau Ejump pada pagi Sabtu, kira-kira jam
4.00 pagi di kediaman isteri Ejump sendiri, di USJ 1, Subang Jaya.
“Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu
komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di
mahkamah,” kata isteri (Nor Hasni) Ejump sendiri ketika dihubungi oleh
pihak Astro Gempak.
Nor Hasni bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut,
tetapi mengesahkan suaminya dan Putri Mardiana telah ditangkap khalwat
buat kali kedua. Disember tahun lalu, Putri Mardiana juga ditangkap
khalwat bersama Ejump di sebuah kondo di Ukay Perdana selepas didapati
berdua-duaan.
Namun pelakon tersebut menafikan dia dan teman lelaki ada melakukan
perkara tidak elok dan mendakwa Ejump hanya singgah minum air selepas
menghantarnya pulang ke rumah. Untuk tangkapa kali kedua ini, mari kita
tunggu apa pula jawapan dari Puteri Mardiana.
Post a Comment