PELAWAK dan pelakon, Zizan Razak yang banyak dihimpit kontroversi kebelakangan ini dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis sekampung pada Jun depan.

Dakwaan tersebut dikatakan terbit dari mulut Zizan sendiri, namun sehari selepas itu dia menafikannya pula meskipun mengaku kemungkinan akan kahwin pada tahun ini.


Lantaran itu, ramai peminat membuat telahan tentang gerangan gadis bertuah yang berjaya menambat hati Zizan setelah pelakon Cicakman itu putus kasih dengan Emma Maembong.




Melalui muat naik di laman Instagram semalam, Zizan sekali lagi membuat banyak pihak tertanya-tanya apabila dia dilihat duduk di sebelah seorang gadis sambil menjamu selera dengan keluarganya.

Siapa si cantik di sebelah Zizan itu? Adakah si dia itu gadis sekampung yang bakal menjadi suri Zizan tak lama lagi?

TIDAK! Tekaan tersebut tersasar sama sekali apabila Zizan tampil menjelaskan bahawa gadis tersebut bukanlah kekasihnya, namun si dia merupakan kekasih kepada abangnya.

“Bukan, itu kekasih abang saya,” ujar Zizan. 

Post a Comment

 
Top