Pelakon wanita bergelar Datin menawarkan beg tangan berjenama yang
didakwa tulen bagi menjelaskan baki tertunggak kepada syarikat agensi
pelancongan akhirnya terbongkar selepas pemeriksaan ke atas beg itu
mendapati ia adalah tiruan.
Tidak cukup
dengan itu, pelakon berusia 28 tahun itu turut didakwa mengugut
kakitangan agensi pelancongan berusia 30-an itu yang beroperasi di Taman
Maluri untuk membakar pejabat mereka selepas dia gagal mendapatkan
semula beg tangan tiruan berjenama itu.
Kakitangan
wanita terbabit yang bimbang dengan ugutan pelakon itu dan berasa ditipu
kemudian tampil bersama majikannya membuat laporan di Balai Polis
Kampung Pandan Rabu lalu untuk tindakan selanjutnya.
“Sebelum
melancong dia ada datang berjumpa dengan kakitangan terbabit dan membawa
dua beg tangan berjenama yang didakwa tulen untuk dijual dengan harga
RM6,000.
“Mangsa pada
mulanya menolak dan tidak mahu membeli beg tangan itu namun pelakon itu
meminta dia menyimpan di pejabat syarikat terlebih dahulu dan tidak mahu
membawanya pulang,” katanya.
Selepas pelakon
itu pulang dari bercuti, pihak agensi pelancongan kemudian meminta dia
menjelaskan bayaran yang masih belum dijelaskan sebelum ini.
“Tetapi pelakon
terbabit meminta kakitangan berkenaan menolak baki hutang itu dengan
mengambil sebuah beg tangan berjenama yang didakwa tulen berharga
RM6000.
“Mangsa berasa
ragu-ragu sebelum dia bersama majikannya membuat pemeriksaan beg itu
kepada pihak berkaitan dan mendapati ia adalah beg tangan tiruan,”
katanya.
Mangsa kemudian
memberitahu kepada pelakon terbabit bahawa beg tangan diberikannya
adalah tiruan menyebabkan dia mendakwa kemungkinan ditipu ketika membeli
beg itu di sebuah pusat beli- belah terkemuka di Kuala Lumpur.
“Mangsa
kemudian mengajak pelakon itu ke butik barangan berjenama yang didakwa
dibelinya di pusat beli-belah terbabit namun dia enggan dan memberitahu
ingin menguruskannya sendiri,” ujarnya lagi.
Post a Comment