Bukan
senang sebenarnya nak jadi public figure, semua perkara yang mereka
lakukan mendapat perhatian masyarakat,sama ada perkara yang elok atau
sebaliknya...Kami di yakin semua orang tak terlepas daripada melakukan
kesalahan, begitu juga para artis...Pepatah ada mengatakan yang baik
dijadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan. Sebelum banyak
lagi pepatah yang kami keluarkan, jomlah kita layan dulu throwback
ini!!!
Persengketaan Antara Ahli Keluarga Di Laman Sosial
Sekitar Jun
yang lalu industri seni tanah air gempar apabila penyanyi rock lagenda,
Amy Search dikatakan memaki hamun kekasih hati anaknya secara terbuka di
laman Instagram milik Nabila Huda...
Tindakan Amy
Search itu bersebab kerana berang dengan tindakan Nabila Huda memuat
naik sekeping gambar yang mengundang kritikan peminat. Selang beberapa
hari Nabila Huda tampil dengan beberapa tweet, merayu supaya Amy Search
memperbetulkan kembali keadaan.
Persengketaan
itu berlarutan hingga beberapa bulan namun air yang dicincang takkan
putus, hubungan Amy Search dan Nabila Huda kembali pulih pada syawal
yang lalu.
Sepatutnya
masalah keluarga seperti ini harus diselesaikan secara baik dan
tertutup, tambah-tambah pula mereka ini artis, hurm...
Bergaduh Sesama Artis
Siapa tak kenal
dengan Sharnaaz Ahmad, hero malaya yang tak pernah lekang daripada
kontroversi. Karakternya yang begitu lantang dalam memberikan pendapat
dan teguran sering kali mengundang rasa tak puas hati banyak pihak...
Terdahulu,
Sharnaaz dikatakan telah menengking Lisdawati ketika berada di set
penggambaran dan hal ini mengundang kemarahan suami aktres itu, Fauzi
Nawawi.
Belum pun reda
dengan kontroversi berkenaan, Sharnaaz menghentam pula peserta The Band.
Jangan terkejut, Diva AA ‘why bother’ pun pernah kena hentam dengan
Sharnaaz ini. Sharnaaz oh Sharnaaz!!!
Berhibur Di Kelab Malam
Mengunjungi
kelab malam bukanlah satu perkara yang mulia di mata peminat apatah lagi
apabila tersebarnya foto berhibur. Situasi ini terjadi kepada Erin
Malek yang ketika itu baru beberapa hari melangsungkan perkahwinan...
Antara artis
lain yang turut terpalit dengan kontroversi katanya berhibur di kelab
malam ialah Tauke Jambu dan Zul Ariffin. Tapi Zul kata dia cuma tengok
live band je, hurmm. Apapun, kepada peminat , kami sarakankan kalau nak
berhibur pergi main bowling ke, tak pun cari mana-mana fun fair yang
berdekatan. Lol!!!
Post a Comment