KISAH kali ini yang menceritakan penderitaan mental dan fizikal yang
dialami oleh Umairah (bukan nama sebenar) pastinya benar-benar
membuatkan kaum wanita khususnya golongan ibu geram, sakit hati, benci,
marah dan geli dengan perangai lelaki atau bapa yang berkelakuan seperti
haruan makan anak.
Kisah
ini diceritakan oleh seorang teman mengenai anak muridnya yang ditemui
semasa mengikuti sebuah kursus.Menurut teman ini, Raziah (juga bukan
nama sebenar), dia tidak pernah menyangka Umairah mengalami masalah yang
begitu berat pada usia yang masih terlalu muda remaja, iaitu 18 tahun.
Katanya,
Umairah, nampak seperti remaja lain cuma dia agak pendiam. Satu malam,
selepas selesai makan malam, Raziah akan melayani kumpulan muridnya dan
berbual-bual dengan mereka.Setelah hampir waktu untuk masuk tidur,
Raziah pun mula hendak beredar, tiba-tiba Umairah mendekatinya dan
berkata hendak berjumpa dengannya esok malam.
Hati
Raziah mula berdebar-debar dan terfikirkan perkara buruk, namun dia
tidak mendesak dan menunggu esok malam.Keesokannya seperti dijanjikan,
mereka berjumpa.“Cikgu, saya mempunyai masalah yang sangat berat dan
tidak tertanggung lagi. Sebenarnya cikgu, bapa saya telah ‘memakai’ saya
sejak saya berumur lapan tahun sehingga sekarang.
“Emak
tidak tahu dan saya tidak berani hendak memberitahu emak. Ayah mengugut
jika saya memberitahu emak, dia akan melakukan yang lebih buruk
daripada itu. Saya tidak mempunyai pilihan selain mendiamkan diri.
“Semasa
saya hamil pun, ibu tidak perasan sehinggalah kandungan saya berusia
tujuh bulan. Selepas itu ayah membawa saya ke tempat lain dan
menyembunyikan saya sehingga saya bersalin. Apabila emak bertanya di
mana saya, ada sahaja alasannya.
“Perkara
ini saya pendamkan bertahun-tahun. Akibat perbuatan ayah, saya telah
melahirkan dua orang anak. Kedua-dua bayi ini ayah jual kepada orang
sebaik dilahirkan dengan harga RM3,000 seorang,” kata Umairah kepada
Raziah.Raziah terus bertanya kepada Umairah. Dia seperti tidak percaya
ada juga bapa yang berperangai seperti haiwan.
Sambung
Umairah lagi, selain pernah melahirkan dua orang anak, dia juga pernah
dua kali menggugurkan anak, malah ayahnya sendiri yang melakukan
pengguguran tersebut.“Bukan saya sahaja yang menjadi korban ayah malah
dua orang adik juga pernah cuba diperkosa, namun mereka menjerit dan
mengugut hendak memberitahu emak.
“Saya
benci dengan ayah. Tidak cukup dengan empat isteri, anak-anak juga
hendak dijadikan tempat pelampias nafsu. Saya tidak tahu dengan siapa
hendak mengadu. Saya lihat keempat-empat isteri ayah juga seperti kerbau
dicucuk hidung,” ujar Umairah.
Termenung
Raziah mendengar cerita Umairah dan terus teringat semasa perjumpaan
pelajar bersama keluarga beberapa minggu sebelum itu lalu.Dia terlihat
bapa Umairah yang datang bersendirian dan dilihat agak pelik kerana
kerap mengurut-ngurut belakang dan lengan anak perempuannya itu.
Walau
semesra mana pun hubungan antara bapa dan anak, tidaklah sampai
mengurut-ngurut belakang dan lengan anak dengan cara yang agak kurang
manis.Umairah pula dilihat amat tidak selesa dengan perlakuan bapanya
dan cuba mengelak-ngelak.Setelah mendengar cerita Umairah daripada mula
hingga akhir, Raziah memberitahu Umairah dia akan membuat laporan polis.
Mulanya
Umairah tidak bersetuju tetapi kata Raziah, kesalahan ayahnya begitu
berat dan tidak boleh dimaafkan.Semasa polis datang menangkap ayah
Umairah, dia nampak seperti orang bodoh dan tidak membantah
langsung.Entah dia buat-buat atau dia memang begitu, tidak tahulah.
Lebih menyakitkan hati apabila dia menjawab kata-kata anggota polis yang
menangkapnya.
“Encik,
kalau kita tanam rambutan pun bila sudah berbuah kita hendak merasa
dahulu. Macam itulah juga dengan saya,” kata ayah Umairah.Ayah Umairah
telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Sementara Umairah yang tamat sekolah dan cuba melupakan kisah pahitnya
mendapat pekerjaan di sebuah hospital swasta.
Post a Comment