Kecantikan
rupa paras bukanlah segala-galanya. Ianya kelak akan hilang ditelan
usia. Namun keperibadian yang cantik itulah faktor yang lebih menarik
kita kepada seseorang. Berikut kami kongsikan antara ciri-ciri lelaki
yang sering diidamkan oleh wanita di luar sana.
1. Yakin Pada Diri
Keyakinan diri
adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lekukan sesuatu
perkara itu dengan terbaik. yang paling penting, jangan memperkecilkan
kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa.
Ini bukan sifat lelaki sejati. Sebaliknya kamu harus berikan alasan
kukuh, kenapa kamu tidak boleh lakukan. penting untuk berlatih
bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran
positif.
2. Pandai Buat Lucu
Jangan bercakap
terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. lebih teruk kalau
tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat untuk menjadi seorang yang
kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar Berlawak
secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak
bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan teruja merindui karenahmu.
3. Romantik
Wanita
sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukanya
gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan
bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang
kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu
aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan
‘rugged’ atau agresif. namun dalam hal teman lelaki, kebantakannya
memilih yang romantik.
4. Wang
Tidak disangkal
lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya
mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja.
Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama
yang mungkin boleh membantu kamu menjadi kaya suatu hari nanti. Belilah
baju atau kasut jenama, kamu bakal mencuri pandang wanita. biar papa
asal bergaya. papa dalam hal ini adalah kamu perlu menyesuaikan diri
dengan gaya orang kaya. Biar terpaksa mengeluarkan wang yang lebih
sedikit, namun hasilnya hanya kamu yang mendapat nikmatnya. Umpama
membeli kereta BMW walaupun tanpa aksesori, ia tetap di lihat gah
berbanding dengan kereta biasa yang penuh dengan aksesori.
5. Bijak
Wanita sering
mengimpikan mendapat seorang lelaki yang berpenddikan dan pandai. Jika
kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah
untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kamu mendengar berita CNN dan
rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka
lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti kamu adalah seorang
ahli akademik. caranya, baca ulasan buku seolaholah kamu telah membaca
keseluruhan buku tersebut. pakilah cermin mata yang tidak berkuasa untuk
memperlihatkan kamu bergaya seperti seorang intelek.
6. Sensitif.
Setiap kali
pasangan kamu bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola
mata hitamnya. malah mungkin kamu boleh berkata ” saya memahami perasaan
awak” bagaimanapun jangan pula kamu terlalu sensitif kerana sebagai
tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.
7. Suka Kanak-Kanak
Wanita
menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam
semua bidang termasuk menjaga kenak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh
dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai
kanak-kanak yang di temuinya. kamu memberikan perhatian kepadanya.
Selepas itu kamu pula boleh mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu.
perbuatan kamu ini secara tidak langsung akan memperlihatkan yang kamu
memang layak menjadi bapa yang penyayang.
8. Bijak Berdandan
Lelaki juga
kena pandai merawat atau memanjakan tubuh. bagi yang mempunyai kulit
berminyak, kamu perlu meluangkan masa untuk melakukan perawatan bagi
mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain
berpakaian kemas dan sesuai. Kebersihan tubuh juga hendaklah diberi
tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. pendek kata,
kebersihan tubuh mesti di jaga kerana ia memberikan kesan kepada
hubungan kamu dan si dia nanti.
Apapun, tiada
lelaki yang sempurna, namun kamu boleh berpura-pura menjadi sempurna.
perlu di ingatkan, kamu semestinya mempunyai kelebihan yang tertentu.
jadikan gunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin. yang penting kamu
mampu melakukan sesuatu yang terbaik. Sementara yang selebihnya kamu
bolehlah berpura-pura. Jika segalanya berjalan lancar dan hatinya sudah
berjaya di tawan, tidak mustahil si dia akan menjadi permaisuri hidupmu.
Adakah anda
setuju dengan ciri-ciri yang kami sertakan di atas? Jika anda ada ciri
tambahan, amat dialu-alukan untuk kongsikan di ruang komen. Semoga kita
dapat manfaat bersama.
Post a Comment