Pengajaran
dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan
hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di
rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14
tahun.
Lebih
mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan
lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.
Menurut gadis
berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah
teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila
ada kesempatan.
“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.
“Lokasinya juga
tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada
masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman
lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.
Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.
“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.
“Cukup dengan
menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,”
katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.
Walaupun sering
bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy
mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia
mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.
“Sejak pertama
kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah
hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu
seronok melakukannya,” katanya.
Menurut Azy,
sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam
gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.
Katanya, oleh
kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan
berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.
“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.
“Saya dan rakan
berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami
tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat
bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar
lain,” katanya.
Menurut Azy,
dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu
mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.
“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di
rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.
“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.
Mengakui
terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan
bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering
bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.
“Asalnya, saya
bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah.
Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.
“Ada antara
kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya.
Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar
video lucah,” katanya.
Laili Qalid
(bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali
pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.
Dia yang juga
berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di
ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.
Bagaimanapun,
bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang
terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk
rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.
“Saya hampir
tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut
kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong
tali pusat bayi.
“Hanya Tuhan
tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk,
maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.
“Saya tidak
sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan
terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup,
malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,”
katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu
Post a Comment