Siapa
kat sini rakyat Malaysia? Angkat tangan! Well, kami berbangga jadi anak
Malaysia. Walaupun negara ditimpa pelbagai musibah, Malaysia tetap
aman.
Orang luar pun
tak perlu bimbang jika ingin bercuti atau berseronok di Malaysia tau!
Mana taknya, negara kita boleh dikatakan selamat dan banyak tarikan
kepada pelancong.
Nak tahu kenapa? Nah kami sediakan 12 perkara istimewa menyebabkan anda tak perlu risau tinggal di Malaysia.
Tak perlu risau tentang lapar
Di Malaysia,
korang tak perlu bimbang langsung bab makan. Iyalah, kedai mamak, fast
food and paling trending sekarang iaitu hipster cafe bersepah-sepah kat
sini.
Korang sebut je nak makan apa. Semuanya mudah didapati. Cepat pula tu!
Double parking ikut suka hati
Ya! Anda tak
perlu risau soal parking kat sini. Sebabnya, korang hanya memerlukan
sedikit kemahiran dan idea-idea bernas untuk memuatkan kenderaan anda di
mana-mana sudut jalan raya. Hehe.
Salah memanglah salah dari segi undang-undang, tapi inilah uniknya Malaysia. Double parking ikut suka hati korang. Yeay!
Cuaca sama ada hujan atau panas
Malaysia
merupakan negara beriklim khatulistiwa. Jadi, korang tak perlu risau
mengenai ribut salji. Di sini, sama ada hujan lebat, hujan ribut atau
panas terik je.
Disini, kalau
hujan tu lebat nau. Siap boleh banjir lagi. Kalau panas, korang nak
keluar pun tak larat. Mana taknya, bila cuaca panas terik, baik duduk
rumah. Tak adalah sunburn nanti.
Tak perlu risau untuk melintas jalan
Ini lagi satu
yang paling seronok kat Malaysia. Tak perlu fikir panjang kalau nak
melintas jalan raya. Korang hanya perlu angkat tangan dan lintas.
Berlainan
dengan negara jiran kita, Singapura. Penduduk mereka terpaksa menunggu
lampu hijau pejalan kaki, melintas hanya di kawasan ‘zebra crossing’.
Kan ke leceh, betul tak?
Kat Malaysia ada BR1M
Kalau korang
masih tak tahu, kerajaan Malaysia ada menyediakan Bantuan Rakyat 1
Malaysia (BR1M). Bantuan ini diberikan kepada golongan berpendapatan
sederhana.
Disebabkan mereka yang berpendapatan RM3600 digelar miskin bandar, kami mohon tahun depan bolehlah apply BR1M. LOL!
Kita lebih mudah nak dapat content viral
Jika di China,
penduduk mereka amat sukar untuk mendapatkan sesuatu content yang viral.
Tetapi kebanyakkan video mereka yang datang adalah dari mereka sendiri.
Pelik kan?
Di Malaysia ni
lain sikit, kita ada Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube yang boleh
digunakan tanpa sekatan. Kau nak story panas ke tak panas ke,
macam-macam ada. Type je apa-apa yang dihajati, pasti ada punya!
Tak perlu risau fail SPM
Haaa, adik-adik
yang fail SPM atau dapat keputusan tak cemerlang tu jangan risau. Di
Malaysia ni kita banyak melahirkan bakat-bakat baru.
Contonya penyanyi. So, awal-awal korang bolehlah asah bakat menyanyi ke, buat lirik atau compose lagu, pasti boleh cari makan!
Tak perlu risau pasal belajar. PTPTN kan ado!
Tak ada duit
nak sambung belajar? Tak nak ibu ayah gadai sawah di kampung? Jangan
risau, kerajaan dah bermurah hati dengan menyediakan Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Jadi, pinjam
sajalah duit. Jangan tak bayar sudah la ye? Kang kena senarai hitam
pula. Tak pasal-pasal tak boleh melancong ke luar negara. Kalau tak nak
bayar, belajar pandai-pandai kasi jadi biasiswa.
Tak susah nak jadi famous
Nak dikenali
ramai tapi tak tahu bagaimana. Jangan risau, di Malaysia ni senang je
nak attract attention orang lain. Cuma buat video sengal-sengal ubi
korang, muat naik ke laman sosial.
Contohnya, video ‘couple seminggu’,’macam cantik macam comel’ dan video dari Bobo! Mereka ni dah terkenal sekarang tau!
Tak perlu risau internet tersekat atau kehabisan kredit. #Hotlink kan ada
Tak dinafikan,
zaman sekarang ni internet memainkan peranan penting dalam kehidupan.
Internet pun boleh bawak bergaduh okay! Contohnya kalau kita Whatsapps
rakan tapi tak reply walaupun kita tahu dia sudah membacanya. Sentap
kan?
Kalau tak nak
jadi macam tu, langganlah #Hotlink. Dengan data tanpa had yang
disediakan, kini semua orang boleh melayari internet dengan kuasa padu.
Cool.
Kat Malaysia je ada rumah mampu tengok
Yes! Only in
Malaysia. Kalau nak tahu, kerajaan kita ada menyediakan rumah mampu
milik untu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Namun, hakikatnya, rumah tersebut hanya mampu dilihat dari sudut kejauhan. Dapat tengok pun dah kira okay ape!
Duduk Malaysia mengajar erti kesabaran
Anda hanya akan
mempunyai tahap kesabaran yang tinggi jika menetap di Malaysia.
Terutama di kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Kenapa? Sebab
jalan raya sesak selamanya. So, kalau korang terperangkap dalam heavy
trafficselama 5 jam, anda hanya perlu tarik nafas dalam-dalam. Nescaya
tak lama lagi sampailah ke destinasi. Bersabar ya?
\
Post a Comment