Tabiat melihat klip video lucah melalui telefon bimbit dengan kawan di
sekolah menyebabkan seorang pelajar sekolah terpengaruh melakukan
hubungan seks bersama teman lelaki yang baru dikenali bulan lalu.
GAMBAR PELAJAR USIA 14 TAHUN GHAIRAH KERANA 3GP
Tanpa
rasa takut perbuatannya diketahui keluarga, mangsa mencuri keluar pada
tengah malam Rabu lalu, selepas menerima khidmat pesanan ringkas
daripada teman lelaki yang dikenali sebagai Arif.
Pelajar
berusia 14 tahun dari Kampung Kerandang, Besut, menyelinap keluar
secara sembunyi ketika keluarganya tidur di bilik masing-masing dan
menemui teman lelakinya yang menunggu di hadapan rumah dengan motosikal
sebelum dibawa ke sebuah wakaf di tengah sawah padi di Kampung Gerong di
Jertih.
Ketua
Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata
apabila sampai di wakaf terbabit, suspek mengajak mangsa melakukan seks
dengannya.
Mangsa dikatakan dirogol beberapa kali di tempat berkenaan sebelum dihantar pulang pada pagi keesokan harinya.
Kamaruddin
berkata, berasa syak dengan kepulangan anak gadisnya pada pagi
berkenaan, bapa mangsa yang berusia 39 tahun menyoal siasat anaknya
sebelum pelajar itu mengaku mencuri keluar untuk bertemu teman lelakinya
tanpa pengetahuan keluarga.
Marah
dengan kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung
Raja pada pagi hari sama, sementara mangsa dihantar menjalani
pemeriksaan kesihatan di Hospital Besut selepas itu.
Kamaruddin
berkata, laporan kesihatan kemudian mengesahkan mangsa dirogol dan
berikutan itu polis sedang memburu seorang lelaki dikenali sebagai Arif
untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana
merogol.
Suspek dipercayai menghilangkan dirinya selepas kejadian itu.
Post a Comment