Kota Tinggi – Penduduk Taman Kota Jaya di sini digemparkan dengan penemuan ‘pocong’ diikat pada pokok pisang, awal pagi tadi.
Lembaga menyerupai jenazah yang dikafankan itu di letakan berhampiran persimpanan Jalan Nangka-Jalan Belinjau dan jalan pintas ke Kampung Kelantan di sini.
Penduduk, Abu Bakar Adon, 62, berkata, penduduk di sini gempar dengan penemuan pocong berketinggian 1.5 meter itu di kawasan berkenaan.
“Saya yakin ini kerja budak nakal yang mahu menakut-nakutkan penduduk kerana pemeriksaan mendapati objek itu disumbat dengan kapas.
“Sehubungan itu satu laporan polis sudah dibuat bagi mengesan dan menjejaki individu yang bertanggungjawab kerana gurauan seperti ini adalah keterlaluan,” katanya, lapor Harian Metro.
Post a Comment