maira
Luahan Menyayat Hati Maira Elizabeth Semua Penumpang Dan Kru MH370 Terkorban – EPISOD tragedi yang menimpa pesawat MH370 milik Malaysian Airlines masih menjadi tanda tanya meskipun Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dengan rasminya mengisytiharkan pesawat berkenaan terlibat dalam kemalangan dan semua 239 penumpang serta anak kapal terkorban.
Sementara itu, Maira Elizabeth Nari yang merupakan anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari meluahkan rasa bahawa dia sudah menerima hakikat bahawa semua penumpang dan anak kapal pesawat malang berkenaan termasuk bapanya tidak akan kembali.
Pada masa sama diaberharap agar kerajaan memberikan keadilan sewajarnya buat semua keluarga mangsa yang terlibat.
“Hanya Tuhan yang mengetahui apa yang saya rasa setiap kali ada pengumuman atau deklarasi daripada kerajaan mengenai MH370.
“Saya boleh terima hakikat mereka tidak akan kembali, namun keadilan adalah satu kemestian kepada semua ahli keluarga MH370. Saya kini cuba berfikiran positif,” katanya seperti yang ditulis dalam akaun Twitter milik gadis ini.maira
Maira Elizabeth Nari pernah mendapat perhatian dunia apabila luahan rindu terhadap bapanya mengundang simpati masyarakat netizen.
Kerajaan Malaysia telah mengadakan pengumuman rasmi mengenai pesawat malang tersebut petang semalam yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi siaran di RTM1
Pesawat yang berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang daripada radar pada 8 Mac lalu.

Post a Comment

 
Top