10 WANITA PALING HOT 2014 PILIHAN MAJALAH MAXIM


10 WANITA PALING HOT 2014 PILIHAN MAJALAH MAXIM | SABAN tahun majalah lelaki antarabangsa popular Maxim akan menyenaraikan Senarai 100 Yang Terhangat mengikut penilaian serta kriteria yang telah ditetapkan oleh majalah tersebut.

Jika tahun lalu, penyanyi yang sering kali dikaitkan dengan kontroversi, Miley Cyrus mengungguli carta tersebut, kali ini tiba giliran supermodel jenama pakaian dalam terkemuka dunia, Victoria Secret iaitu Candice Swanepoel pula berada di tangga teratas Senarai 100 Wanita Paling Hangat Dunia 2014.

Gred A, Scarlett Johansson berada di tempat kedua, diikuti rapat penyanyi Katy Perry.

Kekasih pemain bola sepak, Christiano Ronaldo, supermodel Irina Shayk pula berada di kedudukan keempat manakala teman wanita vokalis Coldplay, Chris Martin iaitu pelakon comel Jennifer Lawrence di senarai kelima kategori tersebut.

Berikut merupakan senarai penuh top 10 Wanita Paling Hangat Dunia 2014.

1. Candice Swanepoel, supermodel


2. Scarlett Johansson, pelakon 


3. Katy Perry, penyanyi 


4. Irina Shayk, supermodel 


5. Jennifer Lawrence, pelakon 


6. Zoey Deschanel, pelakon 


7. Alessandra Ambrosio, supermodel


8. Jessica Alba, pelakon 


9. Mila Kunis, pelakon 


10. Cara Delevigne, supermodel 

Post a Comment

 
Top