Cuba kita lihat hari ini, pelbagai jenis fesyen tudung telah dihasilkan. Adakah tudung yang dihasilkan tersebut menepati syariat Islam? Islam tidak melarang kita untuk berfesyen tetapi biarlah yang menutup aurat sepenuhnya, tidak terlalu singkat dan ketat sehingga begitu jelas menampakkan susuk tubuh si pemakainya.
Secara tidak sedar, pemakaian tudung masa kini telah ditelanjangkan oleh mereka yang memang memusuhi Islam. Lebih teruk lagi, golongan Islam itu sendiri yang melakukannya. Tidakkah mereka tahu perbuatan mereka itu seolah-olah menghina Islam? Adakah fesyen bertudung masa kini adalah semata-mata untuk menyahut seruan agama ataupun kerana mengikuti trend terkini?
Artikel ini bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai pengajaran dan iktibar dalam mendidik khususnya golongan wanita zaman ini yang kebanyakannya bertudung tapi ‘bogel’.
- Ayahnya
- Suaminya
- Saudara-saudara lelakinya
- Anak lelakinya
Apa-apa pun, kesedaran bagi setiap wanita Islam, menutup aurat ini bagus. Lagi pun ianya tuntutan dalam Islam untuk memelihara kesucian dan kehormatan golongan wanita itu sendiri. Fikir-fikirlah sendiri.
Post a Comment